Baru-baru ni @kayli.boyle kongsi hair care routine yang dia buat dekat TikTok. Rambut dia pun memang cantik!
Routine dia berbeza dan menarik. Jom tengok 👉🏻
STEP 1: Sebelum syampu, sapu & urut kulit kepala dengan hair oil.
Rambut kita ada natural oil yang buat rambut sihat dan nampak bersinar. Semasa membasuh, minyak akan tertanggal sekali, boleh menyebabkan kulit kepala kering. Jadi, guna minyak dulu untuk kawal dan lindung kulit kepala semasa membasuh.
STEP 2: Guna Syampu pada akar rambut sahaja.
Akar rambut lah tempat yang paling banyak perlu diberi perhatian berbanding hujung. Kalau syampu pada hujung rambut terlalu banyak, rambut akan kering.
STEP 3: Urut kulit kepala dengan ‘scalp massager’ kemudian bilas.
Guna scalp massager boleh exfoliate kulit kepala, hilangkan kekotoran dan kelemumur, perbaiki peredaran darah, dan juga hilangkan stress!
STEP 4: Sapu conditioner di pertengahan dan hujung rambut sahaja. Tunggu 5 minit sebelum bilas.
Kulit kepala tak perlukan conditioner, nanti akan jadi lebih berminyak. Rambut lebih perlukan conditioner supaya tak kering.
STEP 5: Guna microfibre towel untuk keringkan rambut.
Microfibre towel lebih bagus berbanding towel biasa sebab lebih lembut, kurang geseran dan tak jadikan rambut kasar.
EXTRA TIPS: Guna Hair Serum.
Serum atau hair mist bagus untuk merawat masalah dan kekalkan kelembapan.
Jom cuba semua tips ni, barulah rambut kuat, sihat dan cantik <3
CADANGAN PRODUK:
Hair Oil:
Shampoo & Conditioner:
Serum/Hair Mist: